Sunday 26 August 2012

New Guts, New Steps, New Journey... That's what life should be.


Memulakan Perjalanan Sebagai Seorang Blogger 





Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan post saya yang pertama sekaligus menjadikan ia sebagai pembuka tirai blog 

saya ini.Secara jujurnya, sebelum ini saya bukanlah seorang yang terbuka untuk menceritakan mengenai perihal diri kepada semua orang; walaupun secara amnya saya memang seorang yang suka bercakap dan sangat terbuka untuk menerima sesiapa yang ingin berkawan dengan saya.




Walaubagaimanapun, hati saya mula terbuka untuk mempunyai blog sendiri apabila menghadiri ceramah yang dikendalikan oleh bloggers dan vloggers yang dijemput khas oleh Ummi MedicMesir sepanjang  minggu akhir pre-med di UPM Serdang baru-baru ini.

Pada waktu itulah, hati saya mula tergerak untuk mengikuti jejak langkah mereka serta rakan-rakan saya yang lain untuk menulis blog kerana secara asasnya, saya memang suka menulis dan mengutarakan idea dan pendapat yang timbul dan bermain dalam kotak pemikiran saya ini.

Saya mengambil masa yang lama untuk mencari idea isi penulisan apakah yang sesuai untuk dijadikan muqaddimah kepada blog saya ini.Terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudi memberikan sokongan, idea  dan pendapat kepada saya untuk menulis blog saya sendiri. <3 



Sepanjang blog ini berjalan, insyaallah dalam perancangan, saya akan menulis dan berkongsi pengalaman saya sepanjang mengerjakan haji pada tahun 2010;sewaktu di tingkatan 4 dengan izin dariNya, pengalaman sepanjang setengah tahun menjadi pelajar pertukaran di South Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan pengalaman yang insyaallah bakal dirasai sepanjang menjadi pelajar perubatan di Universiti Mansoura, Egypt tidak lama lagi.



Selain itu, saya juga akan berkongsi sebarang idea, tips-tips, luahan hati dan perasaan, pendapat, karya-karya dan apa saja yang terlintas di fikiran, jika diberi kelapangan masa oleh Allah.

Perkongsian ini hanyalah untuk berkongsi semua peluang dan rezeki ilmu yang telah dikurniakan kepada saya oleh Allah.Bak kata salah seorang sahabat saya, 'asalkan perkara yang hendak dikongsi itu memberikan manfaat kepada ummah, tidak akan menjadi sebarang masalah ^^ ' 

Dengan ini, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan rasminya merasmikan blog saya sendiri (ceewah! hihi ;) )  <3 <3 <3

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga Allah memberkati permulaan ini..

    ^^ menulislah dengan hati..

    Mudah2n bermanfaat utk tindakan iman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aswan, terima kasih :) Insyaallah. Sudi-sudilah support rakan awak ni dalam bidang blogging ni ye? :)

      Delete
  2. Replies
    1. musafir melayu, terima kasih. sudi2lah mengikuti blog saya ini dari semasa ke semasa ye? ;)

      Delete