Tuesday 28 August 2012

Saat Kami Berjanji Untuk Setia 


Wahh!! Walaupun baru post yang kedua, tapi tajuk entri macam boleh mengundang spekulasi yang pelbagai! Haha! Sabar... Sabar.. Jangan cepat membuat andaian sendiri. Post saya untuk kali ini khas ditujukan kepada sahabat-sahabat khususnya kepada dua orang sahabat karib saya yang merupakan antara "Miss Know it All" mengenai diri saya yang sangat unpredictable ini. ;)




Gambar ini baru je kami snap semalam, dalam kereta amni, depan rumah saya. HEHE. Mereka berdua ni Amni dan Nabilah. Nabilah ni my "Guardian Angel" dan yang si kecik Amni pula my "Full Time Wise Owl". Orang cakap sahabat sejati ni ialah sahabat yang akan sentiasa bersama kita waktu senang susah,waktu kita sedang gembira dan sedih. Hee... Betullah tu. HAHA! Sejak habis sekolah menengah, kami memang susah nak jumpa; lebih-lebih lagi lepas habis je SPM, saya terpaksa membuat preparation untuk bertolak ke USA sebagai exchange student. Jadi bila jumpa tu mula la buat benda-benda pelik sama-sama.


   
Hehe.. Jangan salah faham. Sebenarnya kami ni boleh tahan jugaklah gila-gilanya bila berjumpa dan memang muka tembok sesama sendiri. Bak kata Amni, "You know that person is a true friend when you guys can easily show your true colors, make silly jokes, make fun of each others and still can laugh without any hard feelings. Sebab tu lah kadang-kadang rasa rindu dengan memori gila-gila yang dikongsi bersama. Ceewah! 



Kepada Nabilah, semoga awak dapat dean's list every sem dalam course Science Biology yang bakal awak ambil tu and to Amni, wish you all the best too dalam bidang law and harap you will get dean's list jugak. I know u guys can do it because you guys already did it before ;) (kawan-kawan I ramai yang dapat dean's list tau... I'm proud to be their best friends!) And to my other best friends/ good friends/ friends/ acquaintances and to those who read my blog, I wish you all the best in your life. Doakan kejayaan saya juga dalam bidang perubatan ni. Mumtaz Insyaallah :)



And last but not least, persahabatan itu akan menjadi indah jika kita tahu bagaimana hendak menyuburkan benih-benih ukhwah dan silaturrahim sesama rakan.Sayangnya jika persahabatan yang terjalin bertahun-tahun berakhir begitu sahaja disebabkan hal yang remeh-temeh yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.



Insyaallah, dalam post seterusnya, saya akan share mengenai tips-tips mengekalkan persahabatan, Insyaallah. Nanti-nantikan la ye! ;)

No comments:

Post a Comment